Friday, October 12, 2012

Budget and tips percutian part 3

Salam..okey sory amek masa yg lama sedikit nak share budget n tips percutian 3..ok sebelum ni saya dah citer serba sedikit persediaan awal..so skrg tiba masa untuk saya share apa yg perlu kita buat sebelum fly..hehe..

Sebulan sebelum Penerbangan

Okey sebulan sebelum penerbangan..apa yang perlu kita pastikan

1. cuaca 
Masa ni cuba check weather forecast selalu weather forecast yg tepat adalah 14  hari pertama..takpe no worry..juz asume je cuaca tu lebih kurang.

2. Bagasi
Bagasi hendaklah sesuai ya..bagi saya bagasi tak perlula byk2..cukup satu xtra large bagasi n small bagasi..kalau lebih dari 2 tu tak tahula mcm mana kan..

3. pakaian
Pakaian hendaklah bersesuai..bagi saya tak perlu pakaian yang banyak2..limit kan pakaian yang perlu dibawa..bagi kanak2 perlu lebih sedikit dari pakaian dewasa..lg pun pakaian kanak2 ni kecil tak byk pakai space ygh byk..

4. Wang
Pastikan matawang asing dah tukar dalam 80% ya..

Sebulan sebelum penerbangan ni uolls dah boleh check n review semua initenary..murnikan lagi initenary yang telah dibuat untuk mengelakkan sebarang pembaziran..kalau ade penambahan or penolakan dah boleh buat..dah boleh start print out segala tiket yang telah dibeli secara online..

Saya suka beli pakej secara online..reason utk penjimatan..contoh masa ke europe tempoh hari hotel tamworth tomasland,tiket disneyland,tiket eurostar,madame tussaude n london river cruise,eiffel towel,lurve museum n paris river cruise semua tu dah disettlekan siap2 semasa di Malaysia.Jadi saya hanya perlu standby duit utk penginapan di paris dan di London sahaja.pengangkutan,makan,minum dan shopping..

Seminggu sebelum fly
saat ni perasaan mmg nervous kan..hehe..masa ni dah boleh packing semua pakaian..sebelum packing pastikan uolls dah buat satu senarai pakaian mengikut individu k..bawah ni saya listkan sahaja ya

1. pakaian tidur
2.pakaian jenjalan
3.undies etc
4.stokin
5.sweater
6.stok makanan - meggi,sardin,kari ayam,daging segera,mushroom soup,sos cili paket kecil,minuman 3 in 1..biskut
7. termos air panas (majority  hotel di perancis tiada keetle di sediakan)
8.toilettaries
9.ubat ubatan ( dalam satu beg mengandungi ubat deman,batuk,selsema utk kids dan orang dewasa,minyak angin,vicks,ubat sakit perut,spray utk kaki ( kekejangan ),cream gatal atau ruam utk kids,termometer..

okey tu yang perlu di check masuk ke dalam bagasi..:)bagi yang travelling lebih dari 3 hari tu mmg perlukan stock ubat ubatan..so sebelum fly tu semua ni dah ada dlm bagasi..

sebelum penerbangan..........
pastikan semasa menaiki penerbangan terdapat sepasang persalinan utk mereka yang mempunyai anak kecil,diapers mencukupi,bawa bersama sama pakaian tebal utk persediaan menghadapi sebarang cuaca sejuk,passport,dan wang yang mencukupi..pastikan card credit mempunyai baki yang mencukupi..sekian..

semoga anda selamat ke destinasi..if mana tertinggal uolls bolehla comment..:)

No comments:

Post a Comment

HI

Morning people..its a longgggggg time not too bloging myself..definitely i m too busy with my house routine n my work thinggy..hhaha..life ...